Fasiliti Perniagaan Pelajar
![]() |
![]() |
![]() |
SUKARELAWAN STAF DAN PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM
OPERASI OPS PENGHANTARAN PELAJAR PULANG
Baru-baru ini telah selesai penghantaran pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing atas kebenaran yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, ramai pihak telah bertungkus lumus membantu dalam operasi ini mengikut ‘standard operation procedure’ (SOP) yang telah disarankan oleh pihak kerajaan. Di Universiti Sains Malaysia (USM), antara yang terlibat dalam operasi tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi USM, pegawai-pegawai Universiti dan juga sukarelawan dalam kalangan pelajar USM.
Hampir seramai 1000 orang pelajar yang telah telibat secara langsung dan turut serta bagi membantu dalam melaksanakan operasi ini. Mereka adalah terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) , Kor Sukarelawan SUKSIS, serta para pelajar dalam kalangan persatuan anak-anak negeri di USM. Mereka diberi arahan untuk menjalankan tugasan masing-masing mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak USM sendiri bagi memudahkan urusan operasi tersebut.
Penglibatan Sukarelawan Pelajar bagi OPS Hantar Pelajar Pulang
Penglibatan Sukarelawan Staf USM bagi OPS Hantar Pelajar Pulang
SEKTOR KOMPETENSI SISWA
SEKTOR KEBUDAYAAN DAN SUKARELAWANAN
SEKTOR KEUSAHAWANAN